Kursus Jangka Pendek Photophone (Fotografi) KEMAS Parlimen Arau 2023

10 Mei 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Mei 2023, telah berlangsung Kursus Jangka Pendek Photophone (Videografi) KEMAS Parlimen Arau 2023. Program ini berlangsung di Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS Simpang Empat bermula pada 9 pagi hingga 5.00 Petang. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar tentang teknik mengambil gambar dan video yang menarik bagi memudahkan untuk mempromosikan perniagaan masing masing. Pendedahan dalam cara mencipta logo dan poster juga diberikan. Kursus ini melibatkan kerjasama antara PEDi Tambun Tulang, PEDi Batas Lintang & PEDi Padang Besar Selatan.

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PEDi dengan komuniti, dapat memperkenalkan PEDi dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PEDi sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan PEDi kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali