Advokasi KDB & Jalinan Insan @ Jabatan Penerangan & MCMC Negeri Perlis
22 Oktober 2023 | Aktiviti TerkiniPada 21 Oktober 2023, telah berlangsung Advokasi & Jalinan Insan . Program ini berlangsung di Pusat Ekonomi Digital bermula pada 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Jabatan Penerangan dan MCMC Negeri Perlias. Program ini diadakan untuk menyampaikan informasi tentang pendedahan internet serta meningkatkan lagi ilmu agar lebih peka terhadap jenayah siber dan juga teknik- teknik penipuan di media social.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PEDi dengan komuniti, dapat memperkenalkan PEDi dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PEDi sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan PEDi kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: