Advokasi @ Kursus Senaman Untuk Wanita

5 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Julai 2023, Kolej Komuniti Arau menganjurkan “Kursus Teknik Senaman Untuk Wanita” yang dihadiri oleh wakil Pusat Ekonomi Digital (PEDi) iaitu PEDi Batas Lintang, PEDi Tambun Tulang & PEDi Padang Besar Selatan. Pihak PEDi diberi peluang oleh pihak kolej komuniti untuk memberi taklimat KLIK DENGAN BIJAK (KDB) sebelum kursus tersebut dimulakan. Semasa kursus tersebut dimulai, peserta diberi taklimat tentang kebaikan senaman.

Semua orang tahu mengenai kepentingan dan manfaat bersenam. Bukan sahaja ia boleh membuatkan badan lebih sihat, senaman juga dapat membantu kita mempunyai mood yang lebih baik. Sebarang aktiviti fizikal atau senaman yang dilakukan amat bermanfaat kepada kesihatan kita. Malah, ia juga boleh mengurangkan risiko penyakit seperti diabetes, kanser dan penyakit kardiovaskular. Program seperti ini dapat mengeratkan silaturrahim antara pihak komuniti dengan PEDi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali