Advokasi KDB @ Kursus Jangka Pendek (KEMAS) Tie Dye

23 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 20 hingga 22 Julai 2023, telah berlangsung Kursus Jangka Pendek (KEMAS) Tie Dye. Program ini berlangsung di Pusat Khidmat Masyarakat (KEMAS) Simpang Empat bermula pada 9.00 Pagi hingga 5.00 Petang. Program ini adalah kerjasama KEMAS dan pihak PEDi Tambun Tulang & PEDi Batas Lintang. Kursus ini diadakan sebagai pendedahan atau pembelajaran baru kepada peserta tentang teknik ikat dan celup. Selain itu juga, kursus seperti ini dapat memberi idea kepada peserta untuk menjana pendapatan samping.

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PEDi dengan komuniti, dapat memperkenalkan PEDi dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PEDi sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan PEDi kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali