STEM Anyaman Rotan
12 Jun 2024 | Aktiviti TerkiniPada 11 June 2024, telah berlangsung STEM Anyaman Rotan @ Kraftangan Negeri Perlis. Program ini berlangsung di Dewan Kraftangan Kuala Perlis bermula pada 3.00 Petang hingga 5.00 Petang. Program ini diadakan untuk menyampaikan informasi tentang PEDi yang memainkan pelbagai peranan termasuk menyampaikan informasi tentang maklumat palsu dan klik dengan bijak kepada komuniti setempat. Terdapat beberapa aktiviti sampingan yang dijalankan oleh PEDi Tambun Tulang antaranya peserta dapat mempelajari seni Kraftangan Rotan untuk menghasilkan pelapik cawan dan pinggan.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PEDi dengan komuniti, dapat memperkenalkan PEDi dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PEDi sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan PEDi kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: