Pendaftaran, Semakan dan Kemaskini PADU @ Jabatan Perangkaan

16 Februari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Februari 2024, telah berlangsung Pendaftaran, Semakan dan Kemaskini PADU. Program ini berlangsung di Dewan Undangan Negeri. pada 9.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Jabatan Perangkaan dan Bahagian Pentadbiran Daerah Negeri Perlias. Program ini diadakan untuk menyelaras bagi memudahkan penduduk di setiap komuniti setempat untuk membuat pendaftaran dan mengemaskini maklumat dalam sistem PADU.

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PEDi dengan komuniti, dapat memperkenalkan PEDi dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PEDi sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan PEDi kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali