Advokasi & Soft Skill @ Sijil Kemahiran Masakan Kemas
3 Julai 2024 | Aktiviti TerkiniPada 2-4 Julai 2024, telah berlangsung Advokasi & Soft Skills @ Kelas Masakan KEMAS. Program ini berlangsung di Kemas Simpang Ampat bermula pada 9.00 pagi sehingga 3.00 petang. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak KEMAS Negeri Perlis. Program ini diadakan untuk menyampaikan informasi tentang pendedahan internet serta meningkatkan lagi ilmu dan kemahiran dalam bidang masakan.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan NADI dengan komuniti, dapat memperkenalkan NADI dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: