STEM Mengukir Inai @ PEDI Tambun Tulang

29 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Jan 2024, telah berlangsung STEM Mengukir Inai. Program ini berlangsung di Dataran Datuk Sheikh Ahmad Kangar bermula pada 9.00 Pagi hingga 5.00 Petang. Program ini adalah kerjasama KEMAS dan pihak PEDi Tambun Tulang. Kursus ini diadakan sebagai pendedahan atau pembelajaran baru kepada peserta tentang mengukir Inai dengan pelbagai corak . Selain itu juga, kursus seperti ini dapat memberi idea kepada peserta untuk menjana pendapatan samping.

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PEDi dengan komuniti, dapat memperkenalkan PEDi dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PEDi sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan PEDi kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali