Perarakan Kemerdekaan Tadika Al-Islahiyah
31 Ogos 2024 | Aktiviti TerkiniPada 30 Ogos 2024, NADI Tambun Tulang bersama dengan Perpustakaan Behor Mali telah mengadakan aktiviti Perarakan Merdeka di Tadika Al-Islahiyah sehingga Perpustakaan Behor Mali. Selain perarakan Kemerdekaan, terdapat juga pertandingan mewarna dan pertandingan pakaian beragam bertemakan Merdeka. Pelbagai aksi dan keletah kanak – kanak di sekolah tadika tersebut dalam menonjolkan bakat dan kreativiti tersendiri. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyemarakkan semangat Kemerdekaan di kalangan kanak – kanak dan memberi pendedahan tentang kepentingan dan maksud warna di setiap bendera yang dikibarkan. Sehubungan dengan itu, NADI mengambil pendekatan ini untuk menggalakkan lagi komuniti untuk datang ke NADI dalam memerlukan apa jua kemudahan dan pelajaran yang dapat diberikan dengan baik.
Kesimpulanya, dengan aktiviti – aktiviti yang disediakan di NADI, dapat merapatkan hubungan NADI bersama komuniti dan juga memperkenalkan NADI kepada masyarakat sebagai pusat pembelajaran pelbagai fungsi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: