Program Senamrobik Merdeka Anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Pendidik (PIBP) Pusat Anak Permata Negara (PAPN) Tambun Tulang, Perlis

31 Ogos 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 30 Ogos 2024, NADI telah menyertai program senamrobik bersama Pusat Anak Permata Negara Anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Pendidik di Tambun Tulang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran tentang kesihatan dalam melakukan aktiviti senamrobik dan memberi sedikit taklimat advokasi mengenai keselamatan internet (bahaya buli siber). Selain itu, aktiviti kibar Jalur Gemilang juga diadakan untuk memberi semangat dan kesedaran tentang Kemerdekaan kepada kanak – kanak serta ibu bapa yang menyertai program tersebut. Program mendapat sambutan dengan jayanya daripada komuniti dan turut di hadiri penghibur kanak – kanak “Mr Carrot” untuk memeriahkan majlis. Sehubungan dengan itu, NADI mengambil pendekatan ini untuk menggalakkan lagi komuniti untuk datang ke NADI dalam memerlukan apa jua kemudahan dan pelajaran yang dapat diberikan dengan baik.

Kesimpulanya, dengan aktiviti – aktiviti yang disediakan di NADI, dapat merapatkan hubungan NADI bersama komuniti dan juga memperkenalkan NADI kepada masyarakat sebagai pusat pembelajaran pelbagai fungsi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali