Program Jom Mengaji 2024
5 April 2024 | Aktiviti TerkiniPada 4 April 2024, telah berlangsung Program Jom Mengaji 2024 @ Perpustakaan Desa Tambun Tulang. Program ini berlangsung di Perpustakkan Desa Tambun Tulang bermula pada 9.00 Petang hingga 12.30 Petang. Program ini diadakan untuk menyampaikan informasi tentang PEDi yang memainkan pelbagai peranan termasuk menyampaikan informasi tentang maklumat palsu dan klik dengan bijak kepada komuniti setempat. Selain itu dapat memupuk sifat suka membaca kitab suci Al-Quran dalam kalangan pelajar. Terdapat beberapa aktiviti sampingan yang dijalankan oleh pihak perpustakaan antaranya bermain permainan interaktif digital.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PEDi dengan komuniti, dapat memperkenalkan PEDi dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PEDi sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan PEDi kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: