Ikrar Rukun Negara

6 September 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 5 September 2024, NADI dan Perpustakaan Desa Tambun Tulang telah berkerjasama manjayakan Program Ikrar Rukun Negara. Antara NADI yang terlibat ialah NADI Tambun Tulang, NADI Kampung Surau dan NADI Batas Lintang. Aktiviti yang diadalah ialah membuat rakaman Ikrar Rukun Negara dengan berpakaian tradisonal melayu. Tujuan program diadakan adalah untuk memberi penyebaran tentang ikrar rukun negara dan memberi semangat patriotik melalui media sosial. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran tentang kepentingan Kemerdekaan kepada rakyat Malaysia. Sehubungan dengan itu, NADI mengambil pendekatan ini untuk menggalakkan lagi komuniti untuk datang ke NADI dalam memerlukan apa jua kemudahan dan pelajaran yang dapat diberikan dengan baik.

Kesimpulanya, dengan aktiviti – aktiviti yang disediakan di NADI, dapat merapatkan hubungan NADI bersama komuniti dan juga memperkenalkan NADI kepada masyarakat sebagai pusat pembelajaran pelbagai fungsi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali