Program PERWANIS Wanita Peneraju Ekonomi Negara
7 Mac 2024 | Aktiviti TerkiniPada 6 Mac 2024, telah berlangsung Program Wanita Peneraju Ekonomi Negara @ Persatuan Wanita Islam. Program ini berlangsung di Hotel Savannah bermula pada 2.00 Petang hingga 5.30 Petang. Program ini diadakan untuk menyampaikan informasi tentang PEDi yang memainkan pelbagai peranan termasuk menyampaikan informasi tentang maklumat palsu dan klik dengan bijak kepada komuniti setempat. Terdapat beberapa aktiviti sampingan yang dijalankan oleh PERWANIS antaranya cabutan bertuah, menyambut hari lahir ahli PERWANIS dan embentangkan aktiviti sepanjang tahun dan kewangan PERWANIS.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PEDi dengan komuniti, dapat memperkenalkan PEDi dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PEDi sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan PEDi kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: