STEM @ Penyerapan Air Terhadap Kertas

7 September 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 6 September 2024, telah berlangsung STEM @ Penyerapan Air Terhadap Kertas. Program ini berlangsung di Tadika Islam Perlis Al Islahiah bermula pada pukul 10:00 pagi sehingga 11:30 pagi. Antara NADI yang terlibat adalah NADI Batas Lintang, NADI Tambun Tulang dan NADI Padang Besar Selatan. Tujuan program ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran moto tangan dan kemahiran berfikir.

Antara aktiviti yang dijalankan semasa program STEM @ Penyerapan Air Terhadap Kertas adalah, staf NADI bersama pelajar tadika melakukan senaman pagi dengan memainkan video pada laptop. Seterusnya, staf NADI perkenalkan alatan-alatan komputer seperti Monitor, Tetikus, Pendrive, dan Speaker dan mengadakan kuiz mengenai alatan-alatan komputer. Staf NADI turut mengadakan eksperimen sains iaitu penyerapan air terhadap kertas. Pelajar tadika telah mewarna pada kertas berbentuk bunga dan mereka belajar untuk memilih warna yang sesuai untuk diwarnakan pada bunga. Akhir sekali, pelajar tadika meletakkan kertas yang telah diwarna serta dilipat ke atas air untuk melihat bunga tersebut berkembang. Selain itu, taklimat keselamatan internet juga turut diadakan menerusi video berbentuk kartun untuk menarik minat dan memudahkan kanak – kanak memahami dengan baik.

Dengan adanya program seperti ini, ianya memberikan pengetahuan kepada pelajar tadika dan guru tentang NADI dan fungsi NADI. Antara lain, pelajar dapat meningkatkan kemahiran berfikir serta moto tangan mereka. Melalui program ini, Staf NADI dapat membina hubungan baik dengan pihak organisasi luar, iaitu Tadika Islam Perlis Al Islahiah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali