Kelas asas membuka akaun facebook dan Akaun Gmail
9 Mac 2015 | Aktiviti TerkiniPada 08 Mac 2015 bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia Tambun Tulang telah berlangsung "Kelas asas membuka akaun facebook dan Akaun Gmail".Kami menjalankan aktiviti ini untuk ahli PI pada hujung minggu dan mereka dapat mengisi masa terluang dengan aktiviti berfaedah ketika cuti sekolah. Pada Kali ini kami mengajar peserta cara membuka akaun baru Gmail dan juga Facebook Peribadi. Aktiviti ini telah berjaya mengumpulkan seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada ahli PI sendiri.Dengan adanya kelas seperti ini peserta di beri serba sedikit pendedahan kepada mereka tentang apa maklumat yang perlu dirahsiakan jika membuat akaun Gmail dan Facebook.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: