Futsal antara PI Perlis
12 Jun 2015 | Aktiviti TerkiniPada 11 jun 2015 bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Surau,RPA Arau, telah berlangsung Perlawanan Futsal antara PI. Seramai 71 orang peserta mengambil bahagian.
Para peserta diberi taklimat Klik Dengan Bijak mengenai melayari internet secara selamat dan peka dengan media sosial yang ada pada masa kini. Peserta diberi penerangan mengenai keburukan dan kebaikan internet serta penerangan tentang perkara yang tidak patut dilakukan di alam maya. Pertandingan Futsal bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 2.00 petang. Tujuan pertandingan futsal ini diadakan adalah untuk memperkenalkan Pusat Internet 1 Malaysia kepada komuniti setempat dan menjalankan aktiviti bersama mereka. Pertandingan futsal antara PI mampu memperkenalkan fungsi lain pusat internet sebagai pusat riadah dan memperkenalkan PI lain di sekitar Perlis kepada peserta. Justeru itu, pertandingan futsal ini juga dapat mengeratkan lagi silaturahim antara peserta dan pengurusan PI Perlis.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: