Hafazan
7 Februari 2016 | Aktiviti TerkiniPada 6 Februari 2016 bertempat di Masjid Al-Firdaus Padang Besar Selatan telah berlangsung pertandingan hafazan. Pertandingan hafazan ini telah berjaya menarik minat seramai 5 orang peserta dari sekitar Perlis. Pertandingan hafazan ini adalah terbuka kepada pelajar-pelajar di bawah umur 15 tahun. Pertandingan ini diadakan bertujuan membantu para peserta menghafaz surah-surah lazim dalam solat dengan baik dan lancar serta dapat mewujudkan daya saing antara peserta. Selain itu, program ini dapat mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: