Usahawan Homestay Ujong Bukit
11 April 2016 | Aktiviti Terkini
Pada 10 April 2016 bertempat di Homestay Ujong Bukit, Perlis telah berlangsung aktiviti lawatan Usahawan Homestay Ujong Bukit. Ini merupakan salah satu usaha Pusat Internet dalam mempertengahkan dan memajukan usahawan-usahawan yang terdapat di Perlis serta membantu mempromosikan perniagaan mereka. Antara aktiviti utama yang dilakukan termasuklah menemuramah pengusaha Homestay Ujong Bukit dan melawat kawasan persekitaran. Melalui aktiviti ini usahawan-usahawan dapat berkongsi maklumat mengenai perniagaan mereka dengan para peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: